Bolak-balik angkasa lepas Pathfinder
Bolak-balik angkasa lepas Pathfinder

Bolak-balik angkasa lepas Pathfinder

Bolak balik angkasa Pathfinder (Designasi Kenderaan Pengorbit: OV-098) adalah sebuah penyelaku bolak balik angkasa yang dibuat daripada keluli dan kayu. Ia telah dibina di Pusat Penerbangan Angkasa Marshall pada tahun 1977 untuk digunakan bagi aktiviti-aktiviti memeriksa kelegaan jalan, keupayaan kren dan sepadan dalam strukturnya. Ia kemudian dipindahkan dengan baj ke Pusat Angkasa Kennedy dan digunakan oleh krew darat bagi ujian-ujian di Bangunan Pemsangan Kenderaan, Kemudahan Pemprosesan Pengorbit, dan Kemudahan Pendaratan Bolak Balik. Saiz Pathfinder menyamai saiz, bentuk dan berat sebenar bolak balik angkasa. Penggunaan Pathfinder membolehkan kemudahan-kemudahan diuji tanpa memerlukan penggunaan Enterprise yang lebih baik dan mahal.